BuncitituSeksi.blogspot.com


awak , terima kasih sangat sebab sayang saya ...
kalau laa bole undur balik .. saya akan hargai awak sampai bila bila..

macam macam saya dah buat at awak tapi awak still sayang at saya .
terima kasih sangat sangat ..

awak , saya takan lepaskan awak lagi .. saya janji wak !!
entry ini untuk di baca bukan di copy

PERLU KE PEREMPUAN BERGAMBAR SEPERTI INI ?




1. Mulut Muncung ( Duck Face )

.okeh , ini research paling senang , korang google je apa maksud mulut muncung , dan satu jawapan jer yang akan ada iaitu CamWhore.
.apa makna dia ? kamus kamus kamus cam = Kamera , whore = Sundal , so gabung ?????
.rasanya dah cukup ramai orang buat entry pasal Duck Face nie ~



2. Jelir Lidah

.ok , pasal jelir lidah nie , dah cukup ramai dah orang buat haaa , sampai ada orang cakap “aku meluat tengok perempuan terjelir-jelir lidah” (not me) , ye laa , sebab mostly yang suka buat macam tu sapa ? Perempuan Melayu , dan tak ke perempuan melayu terkenal dengan lemah-lembut dan sopan-santun ? entah laa , korang fikir-fikir laa sendiri ~
dan POSING PALING MAUT DAN PALING LUCAH



3. Peace ( V ) + Lidah Terjelir

.maybe tak ramai lagi yang tahu pasal nie dan mas dah bertanya pada kaum wanita sendiri apa maksud V + Lidah terjelir nie dan entah korang perasan ke tidak sebab budak-budak perempuan la nie buat posing macamnie laa kan selalu , tak percaya , tengok friend dekat Facebook.
.apa maksud dia :

.V nie lebih ditujukan pada kemaluan perempuan atau lebih dikenali sebagai V-Zone / Miss V.
.so , bila kita gabungkan kedua-dua : V+LIDAH = JILAT KEMALUAN WANITA..soorry to say..

sebar2kanlah dan share untuk kbaikan..
entry ini untuk di baca bukan di copy

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

entry ini untuk di baca bukan di copy

maaf

*maafkan saya sayang*
saya tahu, saya nakal gila *tahap gaban
kerana kenakalan saya @ kejahatan saya.. awak kena hadapi semua ini.. *sorry
saya tahu,saya banyak gila uat salah dengan awak.. awak layan je kegilaan saya dengan penuh kesabaran..
selama 3 tahun kita bersama.. awak tak penah tinggikan suara awak pada saya, tak penah marah marah saya.. tapi, saya je jahat pada awak kan .. ? hmmm..
suka marah marah, kadang2 tinggikan suara.. *sorry sangat

terima kasih jugak sebab hati awak tetap ada saya. walaupun saya ni macam macam.. hahhaha 
tapi, kenapa awak sayang, cinta saya ? *saya tak cantik

kali pertama saya jumpa awak *at bastop nak p kjg
suka sangat tgok awak tapi saya tak rasa pun saya akan dapat awak.. sebab time tu ada kawan saya ...*tasha* saya rasa awak mahukan dia sebab setiap lelaki ingin kan wanita seperti dia *perfect la konon*
serius time 2 saya malu + bengang = malu la begong.. *HAHA 
malu dekat awak sebab awak pandang pandang saya.. masa saya ketawa dengan kawan saya*tak suka orang pandang pandang rasa macam nak jeling je
bengang dengan bangla dalam bas 2 sebab asyik pandang pandang saya dan duduk rapat dekat saya .. *geli laa
ketawa punya ketawa, akhirnya.. destinasi kami dah sampai.. kawan saya pun sempat laa ambik nom fon awak..then kami berpecah, kawan saya happy gila laaa.. sebab dapat nom fon awak ~_~
selesai kami jumpa lawyer.. kami lepak jap at metro.. terserempak lagi.. *jodoh kot
then kami terus balik.. malas nak follow awak dan sedare awak.. nanti awak ckap kami ni gedik.. hahahha..
kami ingatkan akan balik sama sama dengan awak rupanya, tak pun.. hahaha.. masa dalam bas, kawan saya start msg awak. tp, awak x rep sebab fon awak beteri low kot.. 
dan berapa hari kemudian kawan saya cakap at saya. yang awak kim salam ..and nak nom saya.. *suka gila
tah macam mana tahh saya bole minta nom awak at kawan saya..dan suoh kwn saya bg nom saya at awak * awak orang pertama saya uat mcm ni.. haha
lama la jugak saya tunggu msg @ call awak.. saya tak tahan saya msg laa awak *dgn tak tau malunya tah awak ni bf org ke apa
time sya msg awak 2.. awk dlm library tgah study nak SPM.. *baiknya
then kita text jeee.. sampai lebam ..hahahha

awak abis SPM, awk minta cple dgn sy *malu dan tak sangka
saya laa wanita yang k2 selepas ex awak..tapi, masa 2 saya tngah SPM.. banyak bnda sya kena pikir sampai awak saya lupa.. then saya ambik keputusan tok berkawan je dgn awk dulu sbb sy blom bersedia.. saya tanak uat awk cam tunggul.. tunggu sy time sy perlukan awk jee.. lpas spm, kami bersama balik.. hehehe.. tahan bape blan jee 2 pn sbb ada sorg laki ni ugut akn apa2 kn awk kalau sy tak tingglkn awk .. di sebabkan itu , saya pun tingglkan awak dgn alasan yg bodo *saya bosan dgn awk*
then saya pergi pada llaki gila 2.. hidup sy mmg pergghhh.. tension gilaa... suka marah marah saya tanpa sebab.. last2 kami putus sebab saya tak tahan dengan peragai dia...yang panas baran.. masa 2 jugak saya tahu awak caple dgn org lain.. sya, kuatkan semangat saya pergi la mana mana laki yg ak at saya,... *sbb sy 
bosan single*
saya dapat tau awak dah clash dgn pmpuan nom3 *lpas sy* saya cakap macam macam dkt awk sbb sy nak uat awk bnci pada sy.. then sy stop uat peragai bngong 2.. sayadpt tahu awk ada pmpuan nom4.. budak kolej awak *cantik dr sy*
 untung pmpuan 2 dapat awak... bngongkan saya sbb uat awk mcm 2 ..sampai kawan kawan saya ckap sy bodo..tapi, nak uat mcm mana kn ? dah nasib..
masa awk dgn dia.. tertiba je hati ni rindu dan memberontak nak kan awak *tak tau malukan 
saya tanya pendapat kawan kawan saya.. kawan saya cakap saya bukan perampas tapi prempuan 2 yg rampas awak dr saya.. dengan bangganya saya pun kuatkan semangat untuk dapatkan hal saya balik !!! *bila, setan dah menguasai diri..haha
dengan muka tak tau malu saya anta msg at fb awak ckp RINDU..lpas send msg at awk, tpon sy berbunyi msg masuk tgok2 awak yg msg.. *tak sangka dan terkejut,, ingatkan awak dah benci sy*
then kami terus sambung sampai lebam.. hahaha
akhirnya, saya dapat balik awak .. terima kasih kerana berjuang utk saya ..
saya tanak tinggalkan awak lagi !!! bia laa apa org nak cakap.. janji saya sayang awak..
sejauh mana saya pergi, seramai mana saya kenal lelaki.. tiada seorang pun dapat ganti awak ...

maafkan saya atas segala kesilapan saya...  saya ni ego, susa nak minta maaf at awak kan kan kan ? hahaha
selama 3 tahun bersama.. bru tahun ni 2011, awak dgar sya minta maaf dgn ikhlas.. hehe

dia ada uat video untuk saya.. tapi, dia masuk at fb kwan dia.. hahaha.. 
terharu sangat bila tgok video 2.. hampir mngalirkan air mata.. ~_~

 

           aku punya tau !!

 
 
entry ini untuk di baca bukan di copy

petua untuk menyayangi seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana, kelak yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

4. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

5. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika anda juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

6. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tetapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
entry ini untuk di baca bukan di copy

love ,cinta ??

Sejenak mengenai cinta...APAKAH MAKSUD CINTA ITU SEBENARNYA??
Apa-apa pun cuba renungkan erti CINTA di bawah!
Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!” . Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU. Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

entry ini untuk di baca bukan di copy

hehehehe

1.Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri diam masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang
 (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya
dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, lirik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkandia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! (sbb lelaki selalu salah mengagak)
 18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bagi wanita bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya
(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan
merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah KEJUJURAN dan KESETIAAN..
entry ini untuk di baca bukan di copy

cintailah dia sepenuh hati mu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
entry ini untuk di baca bukan di copy

oh, budak manja !

saya benci , tak suka budak @ anak manja !

saya paling benci orang macam awak !
mentang mentang awak anak manja.. awak akan dapat apa yang awak nak !

HELLO ! ! ! 

dalam dunia ni tak semua kita nak kita akan dapat okay !!
dan kalau tak DAPAT .. awak tak payah laa nak macam macam !!!

dan awak SEORANG YANG BELAGAK !
tak reti nak bersyukur ! malah, awak bangga bangga kan !
awak lupa ea... apa yang awak ada sekarang ni.. HANYA LAA SEMENTARA SAHAJA !


awak ni sangat poyo , mengelabah , belagak !!!

saya sangat menyampah dengan awak ...


sila ubah peragai awak yang suka belagak itu yea sayang ...


*P/S : hei budak comel saya tak maksudkan awak tapi DIA !
entry ini untuk di baca bukan di copy

Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri kita sendiri terlebih dahulu, adakah kita cukup sempurna dibandingkan dengan orang lain??   Justru tiada manusia sempurna didunia ini dan pastinya sentiasa ada yg perlu diperbaiki. Hakikatnya jika ada orang yang menyanyangi diri kita adalah kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini sangat ikhlas mencintai diri kita.
entry ini untuk di baca bukan di copy

ucapan maaf seorang lelaki boleh menyehatkan jantung wanita

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.
Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.
Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.
Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.
Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.
Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

entry ini untuk di baca bukan di copy

lesen dan kereta ~_~

seharian ku memikirkan tentang lesen dan kereta..

mampukah aku lakukan ?
rasa macam MALAS, TAKUT , TERUJA macam macam laaa !

angan angan ....
lepas dapat lesen nak bawak mini copper pink punyeeeeeee ... *belagak sikit je *

               
                                                     CUN !!!!!!!!!!!!
kereta aku <3 ...

angan angan jeepppp ... :(

oh, lesen mengapa kau tak semudah berjalan kaki ?
kenapa mesti macam macam !
arggghhhh..
entry ini untuk di baca bukan di copy

adakah saya benar benar gila ?

Ya Allah, kenapa hari ni .. aku terasa diri aku betul betul dah gilaaaa ?

macam macam hal berlaku.. 1 per 1 masalah datang..
bila aku dapat hidup bahagia ?

terasa hari macam nak menangis saja... tapi, kenapa ?
terasa hari ni dah macam orang gila pun ! 
kejap ketawa, kejap menangis, kejap diam... 


Ya Allah, kuatkan laa hamba mu ini Ya Allah....
aku tak kuat jalani dugaan, hukuman mu Ya Allah...
entry ini untuk di baca bukan di copy

kawan makan kawan

okay suzy stop semua ini ! !


aku tak perlukan kau jadi orang tengah !
kau jangan pernah sibuk hal aku la bodo !
kerana kau keadaan semakin huru hara !
tak cukup ke apa kau dah buat at quia ?


kami tak sukakan kau !!
entry ini untuk di baca bukan di copy

janda awak sayangkan awak

sila la pergi kepada dia..
kalau awak kesian tengok dia...
andai awak pergi kepada dia, saya BERJANJI saya tidak akan lakukan seperti mana dia lakukan pada saya..


arggggggggggghhhhhhhhhhhhh, dia membuatkan saya tension !
entry ini untuk di baca bukan di copy

         tolong pergi dan jangan pernah kembali ! ! !   

  
                 -izinkan saya hidup dengan orang yang saya sayang tanpa gangguan orang lain...
entry ini untuk di baca bukan di copy

30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

entry ini untuk di baca bukan di copy

kau dah melebihhhhhhhhhhhhhh !

aku pikir bila aku dah lepaskn orang yg aku syg at kau..kau akn puas dgn apa yg kau buat..kau akn diam..
kau akn stop lakukn semua ituuuuuuu ! tapi, KAU SEMAKIN MELAMPAU WAHAI MANUSIA BERTOPENGKAN SETAN !

kau yang melebih ckp aku plak... aku tak ckp diri aku cantik !
aku tak pernah kenal kau tp, kau dtg dan SAKITKAN HATI aku !
asal ,kau tertiba jd mcm SETAN ? *sbb takot aku akn buat bnda sma yg kau buat at aku ! tau plak kau nak takot..*

JANGAN INGAT KAU POST AT BLOG KAU.. AKU TAK BACA LA SETAN !!! 
GAMBA KAU 2 PTOTNYA LETAK GAMBA TENUK !!
entry ini untuk di baca bukan di copy

bersabarlah wahai hati

kenapa kau mesti memberontak wahai sayang ?
*dia bukan hak kita sayang*
*kuatkan semangat dan tabah hadapi semua ini*
*pulangkan dan jangan pernah kembali*
*kebahagiaan dia kebahagiaan kita jugak sayang*

cuba untuk lari, lepaskan , lupakan dia dan buat dia benci pada kita sayang
*tapi, tak bole.. sentiasa inginkan dia*
*SAYA MAHUKAN AWAK SEKARANG JUGAK ! *


perasaan ! kenapa dengan kau ni haaaa !
*bole fall in love with bf orang*
*gila ke apa kau ni*



kenapa boleh jadi macam ni sayang ?
*muncul ketika dia sedang bahagia, walaupn kita thu dia bkn kita punya lagi *
*mengapa kita harus cemburu sedangkan dia bukan kita punya*


mata jangan la kau mengade-ngade !
*kenapa kau mesti mengalirkan air mata *
*kenapa air mata kau tak boleh berhenti*
*tolong jangan tunjuk sangat yang kau ni lemah*



tolong hentikan semua ini sayang..
nanti elok-elok aku ada HATI yg lembut terus jadi keras.. ada PERASAAN terus xde perasaan.. ada MATA terus jadi buta..
entry ini untuk di baca bukan di copy

haruskahhhhhhh !

haruskah saya cemburu kalau gf awak berada di sebelah awak ?
haruskah saya teruskan rasa cinta saya pada awak ?
haruskah saya teruskan hubungan ini ?
haruskah saya sayang awak yang sudah jadi milik orang bukan milik saya..

haruskah haruskah haruskah haruskah haruskahhhhhh !  

kenapa boleh jadi macam ni wahai sayang ? 
kawan awak dah buat saya jeles dan membuatkan saya terus out dari fb awak. *tapi saya tade hak nak jeles la* ...
ingin aku lepaskan kau tapi aku tak sanggup, hari-hari diri ini merindukan dirimu..

argggghhhhhhhhhhh ! kenapa semua ini berlaku?

andai saya jeles dgn awk saya akn lakukan
- Off fon...
-masamkan muka..
-bila di tnya diam saja..
asyik nak merepek jeee..

*tapi, mcm x bole buat peragai ni lama2 nti rindu at awak * :(

Ya Allah, andai aku bukan untuk dia.. kau buat la hati dia BENCI pada aku...
entry ini untuk di baca bukan di copy

maaf

maafkan daku sayang.. 
selalu DUA TAHUN kita kenal.. sekali pun kau tidak permah tinggikan suara dan marah pada aku...
tapi semalam, kau marah aku sebab aku tukar gamba fb kau sayang.. tanpa bukti yang kukuh kau marah aku :( dari situ aku paham , aku takde hak nak macam dengan kau ... kau lebih sayangkan dia *memang ptot kau sygkn dia lbh sbb dia gf kau bkn aku* ... kau berubah kerana aku.. maafkan aku sayang..
entry ini untuk di baca bukan di copy

jatuh cinta pada ??

macam mane ek kalo DAH JATUH HATI pada SESEORANG yang berstatus MILIK ORANG . . . ? 
*rasa bersalah pun ada.... 
-sbb kacau hubungan mereka, buat lelaki itu keliru, rasa bersalah... 
*rasa tanak lpas kan pun ada
-sbb nanti rindu :(
kenapa semua ini belaku ? membuatkan aku rasa arggggghhhhhh .. malasnak hidup

entry ini untuk di baca bukan di copy

wahai cintaku

mencari sesuatu
tidak kutemu....
aku tidak mengerti apa yang aku kejar

ingin aku mencari rahmat dan cintaMu
tetapi hati ku ini telah terpaut pada seorang insan
yang merubah sifat ku
perilaku ku dri yg kurang sempurna kepada yg lebih baik
dan seandainya terjalin hubungn
adakah akn terjamin hubungan itu 
ternyata,aku masih mentah untuk mengejar cinta sesama insan
kerana banyak liku yg perlu aku tempuhi
dan memerlukan kedewasaan dalam dri

kini aku telah berazam
menyimpan cintaku didalam diriku
dan menyemarakkan semangatku mencari nur dan petunjukMu
biarlah Allah yg mengatur segala bgi ku
aku akn akur segala yg telah ditentukan takdir
aku akn mengejar cintaMu ya Allah
aku yakin cintaMu ya Allah
tiada tolok banding keindahanya

ya Allah...kau berikanlah aku semangat dalam mencari rahmatMu
jgn kau gelapkan hatiku
jgn kau jauhkan cintaMu dariku
sesungguhnya aku lemah
mengharapkan perkara yg baik dri Mu
jangan juga kau buat dri ku hancur
kerna cinta
serta rahmati lah dri ku serta rakan-rakan ku
supaya dpt diberikan jodoh yg indah dan sempurna
dalam menggapai cintaMu

entry ini untuk di baca bukan di copy

aku kesunyian

Sebelum dikau melangkah pergi
Pandanglah sepuas hati
Maafkanlah segala silapku
Sebelum dikau berlalu

Kini aku sendirian lagi dalam meretapi perpisahan
Kini aku rasa sungguh kesunyian tiada tempat untukku luahkan

Kau bagiku terlalu bererti
Mungkin tidak kau sedari
Mungkin nasib selalu begini
Selalu ditinggal pergi

Hanya ada titis airmata sebagai teman ku yang setia
Hanya tinggal kini ingatan berkaca kanku bawa untuk selamanya

Biarkanlah daku mengharungi
Meskipun tanpamu menemani
Sudah begitu
Dalam hidupku
Tak usah perlu kau hulur simpati
Akan ku kenang perkertimu
Akan ku bawa bersamaku
Biar menjadi satu memori
Kekal abadi

Ingatlah daku yang sudah tentu kesunyian
Ingatlah daku yang sudah tentu kerinduan

entry ini untuk di baca bukan di copy