BuncitituSeksi.blogspot.com
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

entry ini untuk di baca bukan di copy

maaf

*maafkan saya sayang*
saya tahu, saya nakal gila *tahap gaban
kerana kenakalan saya @ kejahatan saya.. awak kena hadapi semua ini.. *sorry
saya tahu,saya banyak gila uat salah dengan awak.. awak layan je kegilaan saya dengan penuh kesabaran..
selama 3 tahun kita bersama.. awak tak penah tinggikan suara awak pada saya, tak penah marah marah saya.. tapi, saya je jahat pada awak kan .. ? hmmm..
suka marah marah, kadang2 tinggikan suara.. *sorry sangat

terima kasih jugak sebab hati awak tetap ada saya. walaupun saya ni macam macam.. hahhaha 
tapi, kenapa awak sayang, cinta saya ? *saya tak cantik

kali pertama saya jumpa awak *at bastop nak p kjg
suka sangat tgok awak tapi saya tak rasa pun saya akan dapat awak.. sebab time tu ada kawan saya ...*tasha* saya rasa awak mahukan dia sebab setiap lelaki ingin kan wanita seperti dia *perfect la konon*
serius time 2 saya malu + bengang = malu la begong.. *HAHA 
malu dekat awak sebab awak pandang pandang saya.. masa saya ketawa dengan kawan saya*tak suka orang pandang pandang rasa macam nak jeling je
bengang dengan bangla dalam bas 2 sebab asyik pandang pandang saya dan duduk rapat dekat saya .. *geli laa
ketawa punya ketawa, akhirnya.. destinasi kami dah sampai.. kawan saya pun sempat laa ambik nom fon awak..then kami berpecah, kawan saya happy gila laaa.. sebab dapat nom fon awak ~_~
selesai kami jumpa lawyer.. kami lepak jap at metro.. terserempak lagi.. *jodoh kot
then kami terus balik.. malas nak follow awak dan sedare awak.. nanti awak ckap kami ni gedik.. hahahha..
kami ingatkan akan balik sama sama dengan awak rupanya, tak pun.. hahaha.. masa dalam bas, kawan saya start msg awak. tp, awak x rep sebab fon awak beteri low kot.. 
dan berapa hari kemudian kawan saya cakap at saya. yang awak kim salam ..and nak nom saya.. *suka gila
tah macam mana tahh saya bole minta nom awak at kawan saya..dan suoh kwn saya bg nom saya at awak * awak orang pertama saya uat mcm ni.. haha
lama la jugak saya tunggu msg @ call awak.. saya tak tahan saya msg laa awak *dgn tak tau malunya tah awak ni bf org ke apa
time sya msg awak 2.. awk dlm library tgah study nak SPM.. *baiknya
then kita text jeee.. sampai lebam ..hahahha

awak abis SPM, awk minta cple dgn sy *malu dan tak sangka
saya laa wanita yang k2 selepas ex awak..tapi, masa 2 saya tngah SPM.. banyak bnda sya kena pikir sampai awak saya lupa.. then saya ambik keputusan tok berkawan je dgn awk dulu sbb sy blom bersedia.. saya tanak uat awk cam tunggul.. tunggu sy time sy perlukan awk jee.. lpas spm, kami bersama balik.. hehehe.. tahan bape blan jee 2 pn sbb ada sorg laki ni ugut akn apa2 kn awk kalau sy tak tingglkn awk .. di sebabkan itu , saya pun tingglkan awak dgn alasan yg bodo *saya bosan dgn awk*
then saya pergi pada llaki gila 2.. hidup sy mmg pergghhh.. tension gilaa... suka marah marah saya tanpa sebab.. last2 kami putus sebab saya tak tahan dengan peragai dia...yang panas baran.. masa 2 jugak saya tahu awak caple dgn org lain.. sya, kuatkan semangat saya pergi la mana mana laki yg ak at saya,... *sbb sy 
bosan single*
saya dapat tau awak dah clash dgn pmpuan nom3 *lpas sy* saya cakap macam macam dkt awk sbb sy nak uat awk bnci pada sy.. then sy stop uat peragai bngong 2.. sayadpt tahu awk ada pmpuan nom4.. budak kolej awak *cantik dr sy*
 untung pmpuan 2 dapat awak... bngongkan saya sbb uat awk mcm 2 ..sampai kawan kawan saya ckap sy bodo..tapi, nak uat mcm mana kn ? dah nasib..
masa awk dgn dia.. tertiba je hati ni rindu dan memberontak nak kan awak *tak tau malukan 
saya tanya pendapat kawan kawan saya.. kawan saya cakap saya bukan perampas tapi prempuan 2 yg rampas awak dr saya.. dengan bangganya saya pun kuatkan semangat untuk dapatkan hal saya balik !!! *bila, setan dah menguasai diri..haha
dengan muka tak tau malu saya anta msg at fb awak ckp RINDU..lpas send msg at awk, tpon sy berbunyi msg masuk tgok2 awak yg msg.. *tak sangka dan terkejut,, ingatkan awak dah benci sy*
then kami terus sambung sampai lebam.. hahaha
akhirnya, saya dapat balik awak .. terima kasih kerana berjuang utk saya ..
saya tanak tinggalkan awak lagi !!! bia laa apa org nak cakap.. janji saya sayang awak..
sejauh mana saya pergi, seramai mana saya kenal lelaki.. tiada seorang pun dapat ganti awak ...

maafkan saya atas segala kesilapan saya...  saya ni ego, susa nak minta maaf at awak kan kan kan ? hahaha
selama 3 tahun bersama.. bru tahun ni 2011, awak dgar sya minta maaf dgn ikhlas.. hehe

dia ada uat video untuk saya.. tapi, dia masuk at fb kwan dia.. hahaha.. 
terharu sangat bila tgok video 2.. hampir mngalirkan air mata.. ~_~

 

           aku punya tau !!

 
 
entry ini untuk di baca bukan di copy